WANITA SHALIHAH

on Rabu, 14 September 2011

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seorang wanita untuk menerima gelar SHALIHAH, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja, yaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:


1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

a) Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
b) Wajib menutup aurat
c) Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
d) Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
e) Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
f) Berbuat baik kepada dua ibu bapak
g) Senantiasa bersedekah baik itu dalam keadaan susah ataupun senang
h) Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
i) Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

a) Memelihara kewajiban terhadap suami
b) Senantiasa menyenangkan suami
c) Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
d) Tidak cemberut di hadapan suami.
e) Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
f) Tidak keluar tanpa izin suami.
g) Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
h) Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
i) Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
j) Senantiasa memelihara diri, kebersihan fisikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

0 komentar:

Posting Komentar